Monday, July 19, 2010

10 Wasiat Untuk Puteri Ummamah

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan.
Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu
yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang tidak enak darimu.
2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan
membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak
bertentangan dengan syariat) nescaya dia akan bersikap lembut
terhadapmu.
4. Uruskanlah rumahtangga dengan baik dan sempurna.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu
membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang
lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup
akan menimbulkan keletihan.
8. Jika dia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan
kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.
9. Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira bila memandangmu.
10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia
akan menjadi penolong pula pada dirimu.

www.GerbangPerkahwinan.com

No comments:

Post a Comment