Thursday, October 20, 2011

Hari Pertama

Salam....sungguh lama x menjenguk dan menulis post di laman ini akibat kekangan waktu yang tidak dapat dielakkan dan sibuk dengan latihan industri....Pertama hari melapor diri, saya telah dibekalkan dengan tugasan untuk membina modul yang berkaitan dan dpt digunakan utk pelajar-pelajar sekolah. Maka, sy mula belajar sesuatu yang baru iaitu pembinaan modul yang berkaitan ngan pelajar....Selama ini,sy hanya mendgr dan melihat pelajar Instruktor membuat modul dan sbgnya...kini sy telah mempelajarinya sendiri...ianya sesuatu yang menarik dan amat berguna sekiranya sy bekerja sbg pensyarah atau sebagainya.....

Friday, September 16, 2011

Seharian di Bilik Seminar

Seronoknya duduk di Bilik Seminar 1 di Bangunan Perpustakaan baru.....dh seperti berkampung semata2 nak menyiapkan projek paper yang perlu dihntar laporan dalm minggu ini......oh tidak...lain kali jgn suka buat kerja bertangguh2....

Thursday, September 8, 2011

Melakar Cinta Di Pintu Syurga


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga


Wednesday, September 7, 2011

Sepetang di Perpustakaan

Seronoknya petang ini kami belajar bagaimana nak buat blog untuk diri sendiri dan boleh mengajar rakan2 yg x tahu utk membuat blog....